Rakyat Malaysia diseru bantu pelarian Syria tanpa batasan agama - ( M4L4YS14 )

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mengingatkan penderma yang akan menyumbang untuk Tabung Kemanusiaan Syria  memberi bantuan atas dasar kemanusiaan kerana sebahagian pelarian Syria bukan beragama Islam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebahagian besar pelarian di sana ada yang beragama Kristian maka penyumbang yang akan menyumbang ke tabung kemanusiaan itu diminta lebih prihatin.

“Saya mahu penyumbang kepada tabung ini sedar bahawa kebanyakan pelarian Syria yang menuju ke negara jiran mereka bukanlah semuanya beragama Islam dan ramai juga di antara mereka beragama Kristian,” katanya ketika merasmikan Tabung Kemanusiaan Syria anjuran Media Prima dan Mercy Malaysia.

Perdana Menteri keempat itu berkata, kejayaan kempen berkenaan adalah cerminan kepada keprihatinan rakyat Malaysia yang sememangnya jauh berbeza dengan keperitan hidup mereka di sana.

Katanya, peluang ini tidak seharusnya dilepaskan oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia kerana keadaan di Malaysia jauh berbeza dan rakyat negara ini banyak mendapat bantuan kerajaan. – 27 September, 2013.

MENYUSUL LAGI



 
Copyright © 2011 On Fire Video Blog Bukanscam | Themes by ada-blog.com.