Jamil Khir sokong kempen pemilihan Umno guna Facebook - ( M4L4YS14 )

Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyokong penggunaan saluran laman sosial untuk calon berkempen dalam pemilihan Umno Oktober ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu penggunaan saluran tersebut merupakan alternatif yang wajar digunakan memandangkan pemilihan kali ini disertai lebih dari 100 calon.

“Tidak ada salahnya berkempen menggunakan saluran ini selagi tidak melanggar peraturan dan ia boleh digunakan oleh semua calon kerana ini merupakan persaingan yang sihat

“Malah saya sendiri memilih menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai salah satu medium dalam kempen saya,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan bagi pembinaan Akademi Tahfiz Darul Abrar di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Datuk Muda Mamat, berkata calon yang akan bertanding pada mesyuarat pemilihan Umno dibenar menggunakan saluran laman sosial dan SMS.

Bagaimana pun calon ditegah mengadakan bentuk pertemuan dan menggunakan wang bagi mempengaruhi perwakilan, termasuk menganjurkan majlis makan malam.

Selain itu, calon yang berjawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri ditegah menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi perwakilan, terutama mengadakan majlis kepartian untuk berkempen. – 30 September, 2013.

MENYUSUL LAGI



 
Copyright © 2011 On Fire Video Blog Bukanscam | Themes by ada-blog.com.