Paul Low nafi jadi “window dressing” Najib - ( M4L4YS14 )

Datuk Paul Low hari ini menafikan beliau hanya sebagai “window dressing” bagi pihak kerajaan seperti didakwa DAP.

Menurut Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, beliau hanya menyerahkan kepada rakyat menentukan sendiri sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut.

“Sama ada saya ‘window dressing’ atau tidak, anda yang tentukan tapi bagi pihak saya telah menentukan segala terbaik untuk rakyat,” katanya kepada media selepas melancarkan program Persidangan Kebangsaan Audit Dalaman di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Berkenaan dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya membeli iklan dari akhbar milik Umno Utusan Malaysia, Low mengatakan ia tidak harus dijadikan isu kerana jelas kenyataan tersebut hanyalah saranan. – 23 September, 2013.

MENYUSUL LAGI


 



 
Copyright © 2011 On Fire Video Blog Bukanscam | Themes by ada-blog.com.