MTEM khuatir halatuju Bumiputera menjelang 2020? - ( M4L4YS14 )

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mahu penjelasan lanjut Datuk Seri Najib Razak berhubung bilangan syarikat Bumiputera yang berskala sederhana pada tahun 2020 kerana pada hari ini bilangannya kurang dari satu peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Nizam Mahshar? berkata kerajaan perlu mempunyai ukuran kemajuan nyata? berdasarkan hasil bagi mengelak risiko dengan hanya mengukur? input dan output tanpa mengetahui pencapaian hasil yang dikehendaki.

“MTEM berharap Perdana Menteri dapat menyediakan lebih banyak? definisi terhadap sasaran berasaskan hasil kerana kita mesti pergi ke akar umbi isu mengenai pembangunan modal insan Bumiputera.

“Kami turut tidak jelas mekanisme yang digunakan Perdana Menteri untuk meningkatkan kualiti graduan Bumiputera kerana golongan berkenaan kini berdepan dengan pengangguran.

?”Kami mencadangkan negara menghasilkan graduan Bumiputera berdasarkan kepada pendidikan dan latihan yang berkualiti dan ditanda aras dengan piawaian global,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nizam turut mempersoalkan pendekatan Najib ?dalam memastikan bahawa program latihan semula didorong oleh keperluan pasaran.

Katanya, program terdahulu tidak berkesan dalam menghasilkan bakat yang diperlukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA).

“Cadangan kami adalah pembiayaan sepatutnya diberikan terus kepada industri yang lebih mengetahui apa yang diperlukan graduan.

“Kami berharap Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) dapat menyatukan kesemua program Bumiputera di bawah agensi, kementerian dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang berbeza. Sekaligus? membangunkan kad skor seimbang yang menyeluruh serta dapat dijalankan? secara telus.

“Ini bagi memastikan semua yang memainkan peranan? ini mampu melaksanakan dan akhirnya mencapai matlamat mereka supaya? agenda pembangunan Bumiputera dapat memberi impak pada tahun 2020.? Kami di MTEM berharap untuk mengambil bahagian secara berkesan bersama Perdana Menteri dalam MEB,” katanya. – 14 September, 2013.



 
Copyright © 2011 On Fire Video Blog Bukanscam | Themes by ada-blog.com.