Kerajaan tidak abai kaum lain, kata PM – Bernama - ( M4L4YS14 )

Kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum lain dalam pembangunan ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar)

Beliau berkata, kerajaan yakin terhadap peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi, bidang di mana kaum lain, terutama Cina, lebih kukuh.

“Dasar kerajaan yang menggalak dan meningkatkan peranan sektor swasta pastinya akan memberi manfaat kepada masyarakat Cina, khususnya,” katanya.

Najib berkata, pemberian beberapa kontrak kepada syarikat Bumiputera adalah kerana mereka lemah daripada segi keseluruhan rantaian bekalan.

“Inilah bidang yang dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan Cina, dari segi pendapatan yang tinggi memandangkan “mereka mempunyai kawalan yang lebih baik dalam keseluruhan rantaian bekalan”.

“Oleh itu, tidak tepat untuk mengatakan bahawa kekayaan kita (Bumiputera) tidak akan memberi manfaat kepada komuniti lain,” katanya dalam rakaman Sidang Kemuncak CNBC, yang akan disiarkan melalui rangkaian perniagaan itu pada 5 petang ini.

Rakaman 30 minit itu dihoskan peneraju terkemuka CNBC, Martin Soong.

Najib ditanya sama ada pengumuman mengenai insentif tambahan untuk memperkasa Bumiputera akan meminggirkan kaum lain.

“Saya percaya dalam pertumbuhan saksama, berlaku adil dan menjadi inklusif. Sebanyak 67 % daripada penduduk di Malaysia adalah Bumiputera (dan), ini majority yang besar.

“Jika majoriti ini terpinggir atau merasakan mereka tidak mendapat bahagian kekayaan negara yang adil, ia mungkin menjejaskan kestabilan jangka panjang negara ini,” katanya.

Setakat ini, Najib berkata, ekuiti Bumiputera berjumlah kira-kira 23.4 peratus, masih di bawah sasaran 30 peratus yang disasarkan pada 2020. – Bernama, 20 September, 2013.



 
Copyright © 2011 On Fire Video Blog Bukanscam | Themes by ada-blog.com.